Sunday 31 July 2011

Adakah Demokrasi HARAM? Apakah dizaman RASULULLAH ada sistem DEMOKRASI?

*Pelbagai pandangan dan tuduhan dalam dewasa ini berkenaan sistem pentadiran dan pemerintahan(siyasah) khususnya didalam sebuah negara yg mempraktikkan sistem DEMOKRASI dimana wujudnya masyarakat yg terdiri drpd masyarakat MAJMUK dan berbilang agama,HUKUM apakah yg sebaiknya utk kita sandarkan dalam menyelesaikan dilema dan ketidakfahaman sesetengah pihak dalam mndapat penjelasan dlm mncari saluran melaksanakan sistem ISLAM secara SYUMUL dan tidak mengenepikan HUKUM ALLAH walau sebaris ayat..

*Definisi

-Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

*Prinsip Demokrasi

Menurut Sadek J. Sulaiman,dalam demokrasi terdapat sejumlah prinsip yang menjadi standard dlm sesebuah negara yg mengamalkannya. Di antaranya: 

• Kebebasan berbicara setiap warga negara. 
• Pelaksanaan pilihanraya dalam mmberi kebebasan dan hak pd rakyat utk memilih mana2 pemimpin yg mampu memerintah dgn baik. 
• Kekuasaan dipegang oleh suara majoriti tanpa mengenepikan hak dan suara minoriti.
• Peranan parti politik yang sangat penting sebagai wadah aspirasi politik rakyat. 
• Pemisahan kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif. 
• Supremasi hukum (semua harus tunduk pada hukum). 
• Semua individu bebas melakukan apa saja tanpa boleh dibelenggu dan mmpersoalkan perlembagaan.

*Pandangan Ulama tentang Demokrasi 

*Al-Maududi 

Dalam hal ini al-Maududi secara tegas menolak demokrasi. Menurutnya, Islam tidak mengenal dan memahami demokrasi yang memberikan kekuasaan besar kepada rakyat untuk menetapkan segala hal. Demokrasi adalah ciptaan manusia sekaligus produk dari pertentangan Barat terhadap agama sehingga cenderung sekuler. kerananya, al-Maududi menganggap demokrasi moden (Barat) merupakan sesuatu yang bersifat syirik. Menurutnya, Islam menganut paham teokrasi (berdasarkan hukum Tuhan). Tentu saja bukan teokrasi yang diterapkan di Barat pada abad pertengahan yang telah memberikan kekuasaan yg tidak terbatas pada para pemerintah. 

*Mohammad Iqbal 

Kritikan terhadap demokrasi yang berkembang juga dikatakan oleh intelektual Pakistan ternama M. Iqbal. Menurut Iqbal, sejalan dengan kemenangan sekularisme atas agama, demokrasi moden menjadi kehilangan sisi spiritualnya sehingga jauh dari etika. Demokrasi yang merupakan kekuasaan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat telah mengabaikan keberadaan agama. Parlimen sebagai salah satu jalan demokrasi dlm mndapatkan dan menetapkan hukum yang bertentangan dengan nilai agama kalau anggotanya menghendaki. Kerananya, menurut Iqbal Islam tidak dapat menerima model demokrasi Barat yang telah kehilangan asas moral dan spiritual. Atas dasar itu, Iqbal menawarkan sebuah konsep demokrasi spiritual yang dilandaskan oleh etika dan moral ketuhanan. Jadi yang ditolak oleh Iqbal bukan demokrasinya. Melainkan, praktikalnya yang berkembang di Barat. sejajar dgn itu,Iqbal menawarkan sebuah model demokrasi sebagai berikut: 

- Tauhid sebagai landasan asasi. 
- Kepatuhan pada hukum. 
- Toleransi sesama warga. 
- Tidak dibatasi wilayah,bangsa, dan warna kulit. 
- Penafsiran hukum Tuhan melalui ijtihad.

*Muhammad Imarah 

-Menurut beliau Islam tidak menerima demokrasi secara mutlak dan juga tidak menolaknya secara mutlak. Dalam demokrasi, kekuasaan legislatif (membuat dan menetapkan hukum) secara mutlak berada di tangan rakyat. Sementara, dalam sistem syura (Islam) kekuasaan tersebut merupakan kepunyaan Allah. Dialah pemegang kekuasaan hukum tertinggi. tanggungjawab  manusia hanyalah menyebarkan dan merumuskan hukum sesuai dengan prinsip yang digariskan Tuhan serta berijtihad untuk sesuatu yang tidak diatur oleh ketentuan Allah. 

-Jadi, Allah berperanan sebagai al-Syari' (legislator) sementara manusia berposisi sebagai faqîh (yang memahami dan menyebarkan) hukum-Nya. 

-Demokrasi Barat terpulang pada pandangan mereka tentang batas kepunyaan Tuhan. Menurut Aristoteles setelah Tuhan menciptakan alam, Diia membiarkannya. Dalam falsafah Barat, manusia memiliki hak legislatif dan eksekutif. Sementara, dalam pandangan Islam, Allah-lah pemegang autoriti tersebut. Allah befirman:

#Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (al-A'raf: 54). 

-Inilah batas yang membezakan antara sistem syariah Islam dan Demokrasi Barat. Adapun hal lainnya seperti membangun hukum atas persetujuan umat, pandangan majoriti, serta orientasi pandangan umum, dan sebagainya adalah sejalan dengan Islam. 

* Sheikh Yusuf al-Qardhawi 

Menurut beliau, substasi demokrasi sejalan dengan Islam. Hal ini boleh dilihat dari beberapa perkara. Misalnya: 

- Dalam demokrasi proses pemilihan melibatkkan banyak orang untuk mengangkat seorang calon yang berhak memimpin dan mengurus keadaan mereka. Tentu saja, mereka tidak boleh akan memilih sesuatu yang tidak mereka sukai. Demikian juga dengan Islam. Islam menolak seseorang menjadi imam solat yang tidak disukai oleh makmum di belakangnya. 

- Usaha setiap rakyat untuk meluruskan penguasa yang turut juga sejajar dengan Islam. Bahkan amar makruf dan nahi mungkar serta memberikan nasihat kepada pemimpin adalah sebahagian dari ajaran Islam. 

- Pemilihan umum termasuk jenis pemberian saksi. Kerana itu, barangsiapa yang tidak menggunakan hak mengundinya sehingga calon yang semestinya layak dipilih menjad pemimpini kalah dan suara majoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak, bererti ia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian  pada saat diperlukan. 

- Penetapan hukum yang berdasarkan suara majoriti juga tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Contohnya dalam sikap Umar yang tergabung dalam syura. Mereka ditunjuk Umar sebagai calon khalifah dan sekaligus memilih salah seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah berdasarkan suara terbanyak. Sementara, yg lainnya tidak terpilih harus tunduk dan patuh. Jika suara yang keluar tiga lawan tiga, mereka harus memilih seseorang yang diunggulkan dari luar mereka. iaitu Abdullah ibn Umar. Contoh lain adalah penggunaan pendapat jumhur ulama dalam masalah khilafiyah. Tentu saja, suara majoriti yang diambil ini adalah selama tidak bertentangan dengan nas syariat secara tegas. 

- Juga kebebasan bersuara dan kebebasan mengeluarkan pendapat, serta autoriti pengadilan merupakan seperkara hal dalam demokrasi yang sejalan denganISLAM. 


*Salim Ali al-Bahnasawi 

Menurutnya, demokrasi yg mengandungi sisi yang baik yang tidak bertentangan dengan islam dan mengeluarkan sisi negatif yang bertentangan dengan Islam. Sisi baik demokrasi adalah adanya kedaulatan rakyat selama tidak bertentangan dengan Islam. Sementara, sisi buruknya adalah penggunaan hak legislatif secara bebas yang boleh mengarah pada sikap menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram. Kerana itu, ia menawarkan adanya islamisasi demokrasi sebagai berikut: 

- menetapkan tanggungjawab setiap individu di hadapan Allah. 
- Wakil rakyat harus berakhlak Islam dalam musyawarah dan tugas-tugas lainnya. 
- Majoriti bukan ukuran mutlak dalam kes yang hukumnya tidak ditemukan dalam Alquran dan Sunnah (al-Nisa 59) dan (al-Ahzab: 36). 
- Komitmen terhadap islam terkait dengan persyaratan jabatan sehingga hanya yang bermoral yang layak memegang jawatan sbg ahli parlimen. 

*Ciri Pemimpin Dan Negarawan Islam

1. Mampu menunaikan tanggunjawab kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik.

2. Perlu sedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi umat Islam terhadap segala permasalahan.

3. Perlu mengetahui ilmu pengetahuan keduniaan kerana bila timbul isu keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, dia perlu bertindak dengan cepat dan cekap.

4. perlu cekap dalam menghadapi isu globalisasi yang menyebabkan pengaliran modal dengan cepat dan boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.

5. Kebijaksanaan dalam menggerakkan jentera kerajaan perlu wujud dalam diri seseorang pemimpin.

6. Sifat warak dan ketakwan diutamakan sebagai khalifah.

7. Hubungan diplomatik dengan pelbagai negara jug merupakan tuntutan dalam Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi pembangunan teruatamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan tuntutan semasa.

8. Kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap dalam menyampaikan mesej.

* Islam merupakan agama demokrasi kerana :

 - Islam menjamin kebebasan rakyat daripada pelbagai latar belakang agama untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing.

- Islam memperuntukkan undang-undang terhadap pesalah beragama Islam yang menceroboh hak-hak bukan Islam

 - Bukan muslim boleh melakukan aktiviti harian, perniagaan dan sebagainya tanpa sekatan kecuali ia menyebabkan kepentingan umat Islam.

- Tidak ada perbezaan layanan yang diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

-  Orang yang dipandang mulia di sisi Islam adalah orang yang memiliki ilmu pengetahuan dan mengajar ilmu pengetahuan tersebut kepada masyarakat.

* Sistem khalifah Islam sudah ditinggalkan oleh dunia Islam bukan sebab kebencian umat terhadap sistem khlifah tetapi kerana perbezaan era klasik dan moden hasil penjajahan Barat keatas umat Islam.

* Tambahan terdapat kelemahan dalam sistem khalifah seperti zaman akhir Umawi, Abbasiyyah dan uthmaniyyah.

* Apabila demokrasi dikaitkan dengan Islam bermakna kebebasan memilih pemerintahan yang adil untuk menerajui sesebuah negara.

* Demokrasi merupakan mekanisme pembentukan sistem pemerintahan Islam yang praktikal dan adil.

* Kesan demokrasi ke atas pemerintahan Islam :

1. Boleh mengelakkan umat Islam daripada penindasan yang wujud apabila seseorang pemerintah terlalu lama berkuasa tanpa makenisme yang mencabar kedudukannya.

2. Boleh meningkatkan tahap ekonomi.

3. Boleh meningkatkan taraf pendidikan 

4. Boleh meningkatkan taraf kemajuan sains umat Islam.

* Demokrasi diasaskan oleh ideologi Barat dan ia perlu disesuaikan dengan Islam dari sudut amalan demokrasi seperti :

 i. Pemilihan pucuk pimpinan mestilah terdiri daripada orang Islam yang berkelayakan.

ii. Jawatan dalam kepimpinan tidak mempengaruhi atau mengubah perubahan dasar Islam .

iii.  Perundangan perlu berasaskan pensyariatan Islam.


KESIMPULAN

*Sistem pemerintahan Islam universal dan sesuai untuk diselaraskan dengan keperluan zaman yang mempunyai
perbezaan dari segi tuntutan atau keperluan zaman.

* zaman moden ini demokrasi merupakan sistem perintahan semasa dan sistem ini boleh disesuaikan dengan tuntutan dan pemerintahan Islam.

* Sistem pemerintahan republik dan monarki juga boleh disesuaikan dengan pemerintahan Islam apabila negara yang disifatkan Islam tersebut mempunyai majoriti ahli kabinetnya yang beragama Islam di samping perlembagaannya diasaskan pensyariatan Islam.

* Mojoriti keanggotaan ahli kabinet Islam diperlukan supaya dasar pemerintahan Islam atau apa2 dasar yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam tidak terancam.

* Jawatan pemerintahan dan pentadbiran yang boleh mempengaruhi dasar pemerintahan Islam perlu dijaga.


* Keanggotaan dewan senat perlu diberikan kepada orang Islam yang berkebolehan dan berkelayakan yang memahami selok-belok agama Islam, urusan kenegaraan dan pentadbiran.

# Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahwa konsep demokrasi tidak sepenuhnya bertentangan dan tidak sepenuhnya sejajar dengan Islam. Prinsip dan konsep demokrasi yang sejalan dengan islam adalah keikutsertaan rakyat dalam mengawal , mengangkat, dan menurunkan pemerintah, serta dalam menentukan mana wakil rakyatnya yg soleh dan beriman kpd allah. Adapun yang tidak sejalan adalah ketika suara rakyat diberikan kebebasan secara mutlak sehingga boleh ke arah kepada sikap, tindakan, dan kebijaksanaan yang keluar dari cabang-cabang syarak dan HUKUM ALLAH. kerana itu, maka perlu dirumuskan sebuah sistem DEMOKRASI yang sesuai dengan ajaran Islam. iaitu di antaranya: 

1. Demokrasi tersebut harus berada di bawah payung agama. 

2. Rakyat diberi kebebasan untuk menyuarakan aspirasinya 

3. Pengambilan keputusan sentiasa dilakukan dengan musyawarah. 

4. Suara majoriti tidaklah bersifat mutlak meskipun tetap menjadi pertimbangan utama dalam musyawarah. Contohnya kisah Abu Bakar ketika mengambil suara minoriti yang mengkehendaki untuk memerangi kaum yang tidak mahu membayar zakat. Juga ketika Umar tidak mahu membagi-bagikan tanah hasil rampasan perang dengan mengambil pendapat minoriti agar tanah itu dibiarkan kepada pemiliknya dengan cukup mengambil pajaknya. 

5. Musyawarah atau mengundi hanya berlaku pada persoalan ijtihadi bukan pada persoalan yang sudah ditetapkan secara jelas oleh Al-quran dan Sunnah. 

6. Produk hukum dan sebarang keputusan yang diambil tidak boleh keluar dari nilai-nilai agama. 

7. Hukum dan keputusan tersebut harus dipatuhi oleh semua rakyat.

*Akhirnya,agar sistem atau konsep demokrasi yang berlandaskan ISLAM di atas terwujud, langkah yang harus dilakukan ialah :

- Seluruh RAKYAT atau sebahagian besarnya harus diberi kefahaman yang benar tentang Islam sehingga aspirasi yang mereka sampaikan tidak keluar dari ajarannya. 

- Parlimen atau lembaga perwakilan rakyat harus diisi dan didominasi oleh orang-orang Islam yang memahami dan mengamalkan Islam secara baik.(beriman dan soleh)

*maka dgn hujah ini sistem DEMOKRASI tidak boleh ditolak dan perlu bersandarkan keadaan dan tujuan(maqasid) yg betul dlm melaksanakan sistem ini.

** ISLAM itu agama SELAMAT dan DINAMIK,redahlah lautan,terbanglah ke angkasa sekalipun,asalkan hidup berpegang pd SYARIAT,BEBAS asalkan tidak TERBABAS..

p/s: harap boleh perbetulkan dan menambah hujah sumber sy sbg perkongsian bersama,sesungguhnya ILMU ALLAH mengatasi segala2nya..;-)

No comments:

Post a Comment