Tuesday 2 August 2011

Wajib Berdakwah Walau Diri Belum Sempurna...



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar iman kita?semakin bertambahkah?atau...semakin berkurangkah?Tak perlu tepuk dada,tapi fikirlah keadaan diri kita sendiri.

"Every human has four endowments- self awareness, conscience, independent will and creative imagination. These give us the ultimate human freedom... The power to choose, to respond, to change." 
-Stephen Covey 

Ramai orang mengetahui bahawa tugas dakwah adalah wajib ke atas setip individu.Walau bagaimanapun,masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja2 dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan.

Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah.Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini,Imam Said bin Jubair berkata:"Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga dirinya sempurna,maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya,beliau menambah: "Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"

Ana ingin berkongsi sebuah cerita...ana mendapat cerita ini daripada sahabat ana.Orang Sabah berketurunan Kadazan;sahabat yang sama2 berkampung di surau blok.he~ Cerita ini ada hubungkaitnya dengan tajuk di atas.Sama2lah kita ambil iktibar daripadanya.Begini ceritanya...(maaf kalau salah,ingat2 lupa jalan ceritanya).

Pada zaman dahulu,terdapat seorang raja yang kaya raya.Baginda sangat pemurah terhadap rakyat jelatanya.Hal ini kerana,pada hari2 tertentu,baginda akan mengagihkan makanan kepada mereka di istana baginda.

Suatu hari,raja ini terfikir untuk menguji kesetiaan dan kejujuran rakyat jelatanya.Lalu baginda pun memikirkan cara yang terbaik dan merancang untuk membuat sebuah kolam susu.Maka,tatkala kolam yang besar itu siap,baginda pun menyuruh hulubalangnya mengumpulkan rakyat.

Dalam perjumpaannya bersama rakyat,raja itu menyampaikan titahnya.Lebih kurang begini bunyinya,"Wahai rakyatku sekalian,apabila tiba suatu malam di mana bulan mengambang pada waktu itu,datanglah kamu ke istanaku dengan setiap seorang membawa sebiji cawan berisi susu.Kemudian,tuanglah susu tesebut ke dalam kolam besar itu."Selesai sahaja rakyat mendengar titah raja tersebut,rakyat berasa pelik dan hairan dengan hasrat raja mereka.Namun,mereka turutkan sahaja perintah baginda.

tibalah saat ketika bulan mengambang,kelihatan rakyat berduyun2 keluar ke istana sambil masing2 membawa sebiji cawan.Namun,cawan tersebut bukanlah berisi air susu seperti yang disangkakan.Sebaliknya hanyalah berisi air kosong.Mereka beranggapan bahawa dalam keadaan yang gelap dan hanya disuluh cahaya bulan,tiada siapa yang akan perasan bahawa air yang dibawa itu adalah air kosong.Malah,mereka juga menganggap bahawa jika mereka tidak membawa air susu sekalipun,pasti ada orang lain yang bawa.

Keesokan harinya,raja pun pergilah ke kolam susunya dengan harapan kolam itu sudah dipenuhi susu.Setibanya baginda di sana,baginda berasa amat terkejut kerana kolam itu berwarna jernih,bukan dipenuhi susu seperti yang disangka.Maka,barulah raja itu sedar akan sikap rakyatnya itu dan memberi pengajaran kepada rakyatnya tentang sikap suka bergantung kepada orang lain.

Berdasarkan cerita ini,samalah juga halnya dengan berdakwah.Kita tidak boleh menganggap dan berharap orang lain yang akan melakukan tugas tersebut.Sekiranya semua orang berfikiran begitu,pastilah sebarang perubahan yang positif tidak akan berlaku.


Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui.Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru.Berhubung dengan ini,Imam al-Hasan berkata: 

"Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya?Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."

Secara dasarnya,kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukallaf dan berdaya.Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul.Hakikatnya,Islam mengakui tahap kemampuan individu adalah berbeza.Justeru Nabi bersabda:"Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran,hendaklah dicegah dengan tangannya(kuasa).Jika tidak berdaya,hendaklah dicegah dengan kata2nya(lisan) dan jika tidak berdaya,hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman."Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berhubung dengan kemungkaran,kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati.Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan:

"Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu.Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya."

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat.Tanpanya,iman akan berkecai dalam hati seseorang.Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:

"(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran),tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi."

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa.Sahabat Nabi bernama Abdullah ibn Mas'ud pernah menegaskan:

"Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya."

Pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi munkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah.Berhubung dengan ini,Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud;


"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja.Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya."Ayat ini menjelaskan,apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa,ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat,tetapi ia juga menimpa ke atas mereka yang soleh yang mengabaikan dakwah." 




P/S : perkongsian cerita dari sahabat blogger..syukran for sharing..barakallah..;-)

1 comment: