Tuesday 9 August 2011

MISTERI: Masjid Yang DIbangun Oleh Jin di Indonesia



Ada yang pernah dengar tentang 'Masjid Jin' atau 'Masjid yang dibangun oleh Jin', atau yang sejenisnya? Bahkan, ada yang menyebut bangunan ini dengan sebutan "masjid tiban" bermaksud masjid yang "tiba-tiba ada". Berita yang menggemparkan ini heboh suatu ketika dahulu di area Malang Raya,Jawa Timur sekitar awal tahun 2009 ini. Bagaimana tidak terkejut, entah dari mana asalnya, tiba-tiba ada yang mengeluarkan maklumat bahawa ada bangunan indah iaitu sebuah binaan berupa masjid yang berada di wilayah yang cukup terpencil, dengan keadaaan ekonomi warga sekitarnya yang termasuk golongan susah golongan bawahan.Dan lebih mengejutkan lagi ianya terbina dalam 1 malam sahaja dimana tapak asalnya merupakan sebuah sekolah pondok agama.



dikatakan juga binaan yg digunakan dalam membina masjid ini merupakan bahan binaan yang tidak pernah wujud dan direkodkan dalam mana-mana aktiviti pembinaan,ianya merupakan sebuah kejutan besar kepada penduduk-penduduk islam di sekitarnya yang menyedarinya cuma dalam tempoh 24jam.





masjid ini terbina dengan mempunyai aras tingkat sebanyak 10 tingkat,dipersiapkan dengan taman haiwan,taman bunga,kolam dan ukiran batu serta binaan yg mempunyai variasi warna yang cukup menarik dan indah,subhanallah..






samada ianya benar-benar telah di dirikan oleh Jin atau Malaikat wallahualam,tetapi perlulah kita berfikir dan bermuhasabah sesungguhnya kuasa allah itu di luar batas dan ruang fikir manusia,kuasa allah maha agung,dan apa yangg telah kita saksikan ini merupakan sebuah karya agung yang cukup tinggi artistiknya untuk sebuah rumah Allah,semoga dengan wujudnya masjid ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita dan keimanan kepada Allah s.w.t..














No comments:

Post a Comment