Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari suami yang bertakwa dan berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal soleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.
Seorang suami yang bertanggungjawab akan menyediakan nafkah zahir seperti makan-minum, pakaian, rumah, kenderaan dan pendidikan formal (bersekolah). Kedudukan keperluan zahir ini bergantung kepada kemampuan suami dan Islam tidak membebankan suami yang kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas yang lengkap seratus peratus.
Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu. Bila pandangan mereka menjadi sempit, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai membaca al-Quran, meninggalkan berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi S.A.W. telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:
"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."
Sahabat yang dimuliakan,
Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka.
Nabi S.A.W. pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah S.W.T. dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardu ain iaitu ilmu tauhid, fekah dan tasauf.
Tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya akidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Mengajarkan konsep Kalimah Tayyibah itu (yakni kalimah la ilaha illAllah - لا اله الا الله) dan memberi kefahaman mengenai Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. Menjelaskan dan mempercayai satu persatu mengenai rukun-rukun Iman.
Suami diwajibkan mengajar isteri dan anak-anaknya ilmu fekah iaitu rukun-rukun Islam,
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan istihadah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf adalah untuk melahirkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah di dalam amalan setiap hari. Ilmu tasauf di ajarkan untuk melahirkan amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong, bongkak, takbur dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isteri-isterinya (jika berpoligami) , rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.
Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa ; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata yang tidak elok maka di khuatiri akhlak anak seperti apa yang diucapkannya.
Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya.
Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain. Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah S.W.T.
Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.
Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka). Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah at-Tahrim ayat 6)
Allah S.W.T. menyuruh orang-orang beriman agar memelihara dirinya dan ahli keluarganya daripada api neraka, maksudnya; 'Peliharalah diri kamu' itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan boleh menimbulkan fitnah dan syubhah. Contoh dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara syubhah dan makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.
Allah S.W.T. . maksudkan 'Ahli keluarga kamu' itu ialah, isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik, mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah S.W.T. memberi tanggungjawab pada diri kita sendiri. Perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardu ain dan fardu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain. Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.
Jelaslah di sini bahawa peringatan Allah dalam memelihara diri kita bukanlah terhad kepada diri kita sahaja, ia adalah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka-mereka yang berada di dalam jagaan dan keluarga kita. Kalau kita tidak memimpin dan mendidik ahli keluarga kita, kita masih lagi belum terlepas dari seksaan api neraka. Kerana Allah telah perintahkan,
"Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu."
Daripada hadis Rasulullah S.A.W. yang menunjukkan bagaimana amalan seseorang itu walau sebesar manapun akan hapus disebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya dan semua mereka yang berada di dalam jagaannya, maka berkatalah malaikat, bahawa inilah orangnya yang telah menghapuskan semua amalan kebajikan oleh ahli-ahlinya dan anak-anaknya semasa di dalam dunia.
Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Apabila seorang lelaki hendak dibawa ke syurga kerana amal solehnya, tiba-tiba isteri, anak-anak dan orang-orang yang dibawah tanggungannya berkata di hadapan Allah S.W.T. :
"Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia. Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami pun gelap dan hati kami juga buta. Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram. Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan. Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami tidak mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal. baru hari inilah kami sedar. Oleh itu Wahai Tuhan, tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya."
Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas. Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong, maka setiap helai rambutnya dan anggotanya yang lain, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata:
"Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang mulia kepada mereka."
Sahabat yang dikasihi,
Suami bertanggungjawab memenuhi nafkah zahir dan batin kepada isterinya dan dia bertanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. di hari akhirat nanti jika dia gagal melaksanakan amanah ini.
Untuk isteri pula apakah kewajipan dan akhlak isteri kepada suaminya?
Akhlak seorang isteri terhadap suami adalah sebagai berikut:
1. Wajib mentaati suami, selama bukan untuk bermaksiat kepada Allah SWT :
Al Bazzar dan Ath Thabrani meriwayatkan bahwa seorang wanita pernah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, “Aku adalah utusan para wanita kepada engkau: jihad ini telah diwajibkan Allah kepada kaum laki-laki; jika menang diberi pahala, dan jika terbunuh mereka tetap hidup diberi rezeki oleh Rabb mereka, tetapi kami kaum wanita yang membantu mereka, pahala apa yang kami dapatkan?” Nabi SAW menjawab, “Sampaikanlah kepada wanita yang engkau jumpai bahwa taat kepada suami dan mengakui haknya itu sama dengan jihad di jalan Allah, tetapi sedikit sekali di antara kamu yang melakukannya.”
2. Seorang istri harus pandai mengatur dan mengerjakan tugas-tugas rumah tangganya.
3. Menjaga kehormatan dan harta suami :
Allah SWT berfirman, “Maka wanita-wanita yang baik itu ialah yang mentaati suaminya dan menjaga hal-hal yang tersembunyi dengan cara yang dipelihara oleh Allah.”
(Surah an-Nisa’ ayat 34)
4. Menjaga kemuliaan dan perasaan suami :
Ketika Asma bin Kharijah Al-Fazariyah menyerahkan anak perempuanya kepada suaminya di malam pernikahannya, ia berkata,”Wahai anakku, sesungguhnya engkau telah keluar dari kehidupan yang selama ini engkau kenal. Sekarang engkau akan berada di tempat tidur yang belum pernah engkau ketahui, bersama pasangan yang belum sepenuhnya engkau kenali. Kerana itu, jadilah engkau bumi baginya dan dia akan menjadi langit bagimu, jadilah engkau hamparan baginya dan dia akan menjadi hamba sahaya bagimu. Janganlah engkau menentangnya, sehingga ia membencimu. Jangankah engkau menjauh darinya, sehingga ia melupakanmu. Jika ia menjauh darimu, maka menjauh pulalah engkau darinya, dan jagalah hidungnya, pendengarannya dan matanya; jangan sampai ia mencium darimu kecuali yang harum, janganlah ia mendengar kecuali yang baik, dan jangan ia memandang kecuali yang cantik.”
5. Melaksanakan hak suami, mengatur rumah dan mendidik anak :
Anas r.a berkata, “Para sahabat Rasulullah SAW apabila menyerahkan pengantin wanita kepada suaminya, mereka memerintahkan agar melayani suami, menjaga haknya, dan mendidik anak-anak.”
6. Tidak boleh seorang isteri menerima tamu yang tidak disenangi suaminya.
7. Seorang isteri tidak boleh melawan suaminya, baik dengan kata-kata kasar maupun dengan sikap sombong.
8. Tidak boleh membanggakan sesuatu tentang diri dan keluarganya di hadapan suami, baik kekayaan, keturunan maupun kecantikannya.
9. Tidak boleh menilai dan memandang rendah suaminya.
10. Tidak boleh menuduh kesalahan atau mendakwa suaminya, tanpa bukti-bukti dan saksi-saksi.
11. Tidak boleh menjelek-jelekkan keluarga suami.
12. Tidak boleh menunjukkan pertentangan di hadapan anak-anak.
13. Agar perempuan (isteri) menjaga iddahnya, bila ditalak atau ditinggal mati oleh suaminya, demi kesucian ikatan perkawinannya.
14. Apabila melepas suami pergi bekerja, lepaslah suami dengan sikap kasih, dan apabila menerima suami pulang bekerja, sambutlah kedatangannya dengan muka manis dan tersenyum, pakaian bersih dan berhias.
15. Setiap wanita (isteri) harus dapat mempersiapkan keperluan makan, minum, dan pakaian suaminya.
Sahabat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita samaada sebagai suami dan isteri supaya kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita semua. Sama-sama perbaikilah kelemahan diri sendiri dan janganlah asyik menyalahkan pasangan kita. Satu keaiban diri sendiri yang kita perbaiki dan buangkan lebih baik daripada kita tambah satu kebaikan sunat kerana membaiki keaiban itu adalah satu kebaikan.

No comments:
Post a Comment